Wednesday, January 1, 2014

FAKE BRACES trend terbaru remaja sekarang

Posted by cha ᶫᵒᵛᵉᵧₒᵤ ♥ at 10:40 PM 0 comments

assalamualaikum.
haa? fake braces? hahaha. dah makin pelikkan trend zaman-zaman sekarang ni.

                                                                                                                                                                          
fake braces atau dikenali sebagai pendakap gigi palsu kini semakin mendapat permintaan yg tinggi di pasaran. fake braces ini tidak dapat membetulkan susunan gigi, ia cuma perhiasan gigi semata-mata. tetapi bagi mereka yg mempunyai gigi yang tersusun cantik tapi teringin untuk memakai braces sebagai fashion atau perhiasan pada gigi bolehlah mendapatkan fake braces dimana-mana farmasi atau online shop.



walaupun braces ini nampak hanya dawai dan getah berwarna-warni sebagai penarik perhatian, namun harganya boleh mencecah RM160 sepasang. hal ini kerana kualiti barangan yg diguna pakai untuk menghasilkan pendakap gigi palsu ini. ada juga pihak yg menjual dengan harga yg lebih murah tetapi mempunyai kualiti yg sama. jadi untuk lebih berjimat, anda perlulah pandai dalam memilih harga yg lebih berpatutan.

 


sekian, terima kasih :)

KAPAS MATA handmade cara mudah segarkan mata ♥

Posted by cha ᶫᵒᵛᵉᵧₒᵤ ♥ at 9:29 PM 0 comments

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh ^_^

good day everyone.. mata yg cantik memerlukan penjagaan yg rapi. so, today cha nak share dengan pembaca-pembaca tegar blog tentang cara nak segarkan mata hanya menggunakan bahan-bahan MUDAH dan MURAH hanya di rumah.

bahan-bahan yg cik puan tuan perlukan :
✿ kapas muka (bentuk 4 segi)
✿ 1/2 batang timun                  
✿ plastik                                    

langkah-langkah :
  1. potong timun kecil-kecil, kemudian masukkan ke dalam blender bersama 1/5 cawan air masak dan blend timun sampai hancur. tuangkan ke dalam mangkuk.
  2. kemudian celupkan 2 helai kapas muka di dalam mangkuk tersebut sehingga meresap.
  3. letakkan kapas muka tersebut ke dalam plastik.
  4. ulang langkah 2-3 sehingga air timun itu habis.
  5. masukkan plastik tadi ke dalam peti ais selama beberapa jam (letak di bahagian peti ais yg kurang sejuk)
okay dah siap :)
cara pemakaiannya pulak....
  • sebelum tidur, letakkan kapas tersebut di bahagian kedua-dua belah mata anda... dan anda boleh laa ZZzzzzzzz.
ataupun....
  • ada boleh guna kapas tersebut pada bila-bila masa waktu anda sedang berehat.
  • letakkan kapas tersebut di bahagian mata anda selama beberapa jam.
TIPS
untuk result yg lebih memberangsangkan, gunalah cara ini sebanyak 3-4 kali seminggu. anda pasti puas dengan hasilnya nanti.

SELAMAT MENCUBA :)
 

pisz ᶫᵒᵛᵉᵧₒᵤ ♥ Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei